Tuesday, November 30, 2010

Persiapan pameran "ESPECTACULAR DE LUCHA LIBRE"






Kru pameran telah membuat kejutan semasa perasmian pameran ESPECTACULAR DE LUCHA LIBRE dengan menggayakan topeng ahli gusti. Penampilan ini telah menambahkan keceriaan semasa majlis diadakan dan mendapat pujian dari penonton yang hadir di perasmian ini.

Tuesday, October 26, 2010

Persiapan Pameran TRANSMETALSI di Art Expo, Matrade







Khamis 28 Okt 2010, Kru pameran membuat persiapan sempena pameran yang akan diadakan di Art Expo, Matrade. Pada tahun ini BSLN telah membawa karya arca dari koleksi tetap BSLN bertemakan 'TRANSMETALSI' ke pameran ini.

Tuesday, September 28, 2010

Penang International Print Exhibition 2010 (PIPE'10)




.
Isnin 20 Sept 2010, Kru pameran membuat persiapan sempena pameran Penang International Print Exhibition 2010 (PIPE'10). Pameran ini akan dirasmikan oleh YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang pada Selasa 28 November 2010 (10.30 pagi) di Balai Seni Lukis Pulau Pinang. Pameran ini akan dibuka kepada umum pada 15 September hingga 15 Oktober 2010.

Tuesday, August 10, 2010

Persiapan pameran "KEPADAMU KEKASIH"




.
Sabtu 7 Ogos 2010, Kru pameran membuat persiapan sempena pameran KEPADAMU KEKASIH yang akan diadakan di GaleriReka. Pameran khas ini bersempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan dan menyambut kesyukuran kepada Yang maha Esa. Pameran ini akan dibuka pada 10 Ogos sehingga 20 September 2010.

Monday, August 9, 2010

Persiapan Pameran Zulkifli Yusoff




.
Ahad 25 Julai 2010, Kru pameran membuat persiapan sempena pameran solo ke-13 pelukis Zulkifli Yusoff. Pameran yang menghimpunkan karya berbentuk catan dan instalasi ini telah dipasang secara berperingkat-peringkat dan proses pemasangan karya instalasinya cukup rumit. Beliau telah menghasilkan karya yang merangkumi kepelbagaian teknik dan bahan campuran disamping mempamerkan karya yang bersaiz besar.

Monday, August 2, 2010

Persiapan Perasmian Muralis Kontemporari




.
24 Mei 210, Persiapan mendirikan mural sempena majlis penyampaian hadiah pertandingan Catan Muralis Kontemporari 1 Malaysia telah dilakukan. Majlis perasmian dan pameran diadakan di aras 3 Balai Seni Lukis Negara.
____________________
Exhibition Open
24 Mei 2010
Gallery 3B

Saturday, April 10, 2010

Grafiti Batik di Pavilion Malaysia, Shanghai






.
Sempena program yang diadakan di World Expo Shanghai, En. Majidi Amir yang juga merupakan kurator pameran BSLN telah diberi peranan untuk menyelaras empat pelukis tanahair dalam menghasilkan grafiti batik di bumbung Pavilion Malaysia. Pelukis grafiti tersebut terdiri daripada Mahathir Masri (They), Muhamad Noor Md Yusoff (Tony), Khor Zew Wey (Bibichun) dan Herman Duang.
.
Bertemakan 'Better City Better Life' rekaan bumbung Pavilion Malaysia telah dibina mengikut bentuk senibina Minangkabau dan bagi melengkapkan sentuhan keindahan dan gambaran Malaysia, lukisan grafiti batik kontemporari telah dipilih oleh Tourism Malaysia dengan sentuhan kreatif pelukis tempatan.