Pada 5 Ogos 09, penurunan karya dari Pameran TENG di galeri 3A telah dilakukan. Galeri ini telah digantikan dengan pameran TAMPANNYA BUDI iaitu sebuah pameran kerjasama BSLN bersama Institut Islam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Pameran ini telah menonjolkan karya yang berintipatikan kesusasteraan Melayu dimana pantun diolah menjadi visual yang diberi tajuk 'TAMPANNYA BUDI'. Seramai 127 orang pelukis bersama 163 buah karya telah ditonjolkan hasil adunan dari transformasi bahasa teks dan bahasa visual.
fabulous snap
ReplyDelete